اللهم إني أعوذ بك من عذاب القبر، ومن عذاب جهنم، ومن فتنة المحيا والممات، ومن شر فتنة المسيح الدجال.
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada azab kubur, daripada azab neraka Jahannam, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah Al-Masih Dajjal.
Ketik untuk mengira
2 / 11
اللهم إني أعوذ بك من عذاب القبر، وأعوذ بك من فتنة المسيح الدجال، وأعوذ بك من فتنة المحيا والممات. اللهم إني أعوذ بك من المأثم والمغرم.
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada azab kubur, dan aku berlindung kepada-Mu daripada fitnah Al-Masih Dajjal, dan aku berlindung kepada-Mu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada dosa dan hutang.
Ketik untuk mengira
3 / 11
اللهم إني ظلمت نفسي ظلما كثيرا، ولا يغفر الذنوب إلا أنت، فاغفر لي مغفرة من عندك وارحمني، إنك أنت الغفور الرحيم.
Ya Allah, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku dengan penganiayaan yang banyak, dan tiada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan daripada-Mu, dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Ketik untuk mengira
4 / 11
اللهم اغفر لي ما قدمت، وما أخرت، وما أسررت، وما أعلنت، وما أسرفت، وما أنت أعلم به مني. أنت المقدم، وأنت المؤخر لا إله إلا أنت.
Ya Allah, ampunilah aku atas apa yang telah aku lakukan dan apa yang akan aku lakukan, apa yang aku sembunyikan dan apa yang aku nyatakan, dan apa yang aku terlampau padanya, dan apa yang Engkau lebih mengetahuinya daripadaku. Engkaulah yang mendahulukan dan Engkaulah yang mengakhirkan, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.
Ketik untuk mengira
5 / 11
اللهم أعني على ذكرك، وشكرك، وحسن عبادتك.
Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadat kepada-Mu dengan sebaik-baiknya.
Ketik untuk mengira
6 / 11
اللهم إني أعوذ بك من البخل، وأعوذ بك من الجبن، وأعوذ بك من أن أرد إلى أرذل العمر، وأعوذ بك من فتنة الدنيا وعذاب القبر.
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada sifat bakhil, dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut, dan aku berlindung kepada-Mu daripada dikembalikan kepada usia tua yang paling hina, dan aku berlindung kepada-Mu daripada fitnah dunia dan azab kubur.
Ketik untuk mengira
7 / 11
اللهم إني أسألك الجنة وأعوذ بك من النار.
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu syurga dan aku berlindung kepada-Mu daripada neraka.
Ketik untuk mengira
8 / 11
اللهم بعلمك الغيب وقدرتك على الخلق أحيني ما علمت الحياة خيرا لي، وتوفني إذا علمت الوفاة خيرا لي، اللهم إني أسألك خشيتك في الغيب والشهادة، وأسألك كلمة الحق في الرضا والغضب، وأسألك القصد في الغنى والفقر، وأسألك نعيما لا ينفد، وأسألك قرة عين لا تنقطع، وأسألك الرضا بعد القضاء، وأسألك برد العيش بعد الموت، وأسألك لذة النظر إلى وجهك، والشوق إلى لقائك في غير ضراء مضرة، ولا فتنة مضلة، اللهم زينا بزينة الإيمان، واجعلنا هداة مهتدين.
Ya Allah, dengan ilmu-Mu tentang yang ghaib dan kekuasaan-Mu ke atas makhluk, hidupkanlah aku selagi Engkau mengetahui bahawa hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah aku apabila Engkau mengetahui bahawa mati itu lebih baik bagiku. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu rasa takut kepada-Mu dalam keadaan sulit dan terang-terangan, dan aku memohon kepada-Mu kalimah yang benar dalam keadaan reda dan marah, dan aku memohon kepada-Mu kesederhanaan dalam kaya dan miskin, dan aku memohon kepada-Mu nikmat yang tidak putus-putus, dan aku memohon kepada-Mu penyejuk mata yang tidak terhenti, dan aku memohon kepada-Mu keredaan selepas ketentuan takdir, dan aku memohon kepada-Mu kehidupan yang nyaman selepas mati, dan aku memohon kepada-Mu kelazatan memandang wajah-Mu dan kerinduan untuk bertemu dengan-Mu, tanpa kesusahan yang membahayakan dan fitnah yang menyesatkan. Ya Allah, hiasilah kami dengan perhiasan iman, dan jadikanlah kami orang yang mendapat petunjuk lagi memberi petunjuk.
Ketik untuk mengira
9 / 11
اللهم إني أسألك يا ألله بأنك الواحد الأحد الصمد الذي لم يلد ولم يولد، ولم يكن له كفوا أحد، أن تغفر لي ذنوبي إنك أنت الغفور الرحيم.
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, wahai Allah, dengan keesaan-Mu Yang Maha Esa, Maha Tunggal, Maha Bergantung kepada-Nya segala sesuatu (As-Somad), yang tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tiada sesuatu pun yang setara dengan-Nya, agar Engkau mengampunkan dosa-dosaku, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Ketik untuk mengira
10 / 11
اللهم إني أسألك بأن لك الحمد لا إله إلا أنت وحدك لا شريك لك، المنان، يا بديع السموات والأرض يا ذا الجلال والإكرام، يا حي يا قيوم إني أسألك الجنة وأعوذ بك من النار.
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, kerana bagi-Mu segala puji, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau semata-mata, tiada sekutu bagi-Mu, wahai Yang Maha Pemberi nikmat, wahai Pencipta langit dan bumi yang tiada bandingan, wahai Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, wahai Yang Maha Hidup, wahai Yang Maha Berdiri Sendiri, aku memohon kepada-Mu syurga dan aku berlindung kepada-Mu daripada neraka.
Ketik untuk mengira
11 / 11
اللهم إني أسألك بأني أشهد أنك أنت الله لا إله إلا أنت الأحد الصمد الذي لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفوا أحد.
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, dengan penyaksianku bahawa Engkaulah Allah, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Yang Maha Esa lagi Maha Bergantung kepada-Nya segala sesuatu, yang tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tiada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.