Rafiq Al-Muslim
Dapatkan Rafiq Al-Muslim sekarang!

Zikir Sebelum Tidur

Baca 0 daripada 13
  1. 1 / 13Ulang: 3 kali

    يجمع كفيه ثم ينفث فيهما فيقرأ فيهما: بسم الله الرحمن الرحيم " قل هو الله أحد * الله الصمد* لم يلد ولم يولد* ولم يكن له كفوا أحد ". بسم الله الرحمن الرحيم " قل أعوذ برب الفلق* من شر ما خلق* ومن شر غاسق إذا وقب* ومن شر النفاثات في العقد* ومن شر حاسد إذا حسد ". بسم الله الرحمن الرحيم " قل أعوذ برب الناس* ملك الناس* إله الناس* من شر الوسواس الخناس* الذي يوسوس في صدور الناس* من الجنة و الناس " ثم يمسح بهما ما استطاع من جسده يبدأ بهما على رأسه ووجهه وما أقبل من جسده (يفعل ذلك ثلاث مرات).

    Baginda mengumpulkan kedua tapak tangannya, kemudian meniup pada keduanya lalu membaca padanya: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. "Katakanlah (wahai Muhammad): Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah, Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesuatupun yang setara dengan-Nya." Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. "Katakanlah: Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, dari bahaya kejahatan benda-benda yang Ia ciptakan; Dan dari bahaya kejahatan malam apabila ia mula gelap-gelita; Dan dari bahaya kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari bahaya kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya." Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. "Katakanlah: Aku berlindung kepada Tuhan yang memelihara dan menguasai sekalian manusia; Yang menguasai sekalian manusia; Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia; Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam; Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia; Ia berasal dari kalangan jin dan manusia." Kemudian baginda menyapu dengan kedua tangannya itu ke atas mana-mana bahagian badannya yang dapat dicapai, dimulakan dari kepala dan mukanya serta bahagian hadapan badannya (dilakukan sedemikian tiga kali).

    Ketik untuk mengira

  2. 2 / 13

    " الله لا إله إلا هو الحي القيوم لا تأخذه سنة ولا نوم له ما في السموات وما في الأرض من ذا الذي يشفع عنده إلا بإذنه يعلم ما بين أيديهم وما خلفهم ولا يحيطون بشيء من علمه إلا بما شاء وسع كرسيه السموات والأرض ولا يؤوده حفظهما وهو العلي العظيم ".

    " Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya lagi Menguruskan (makhluk-Nya). Tidak mengantuk-Nya dan tidak pula tidur. Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan-Nya. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Ia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, sedang mereka pula tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan bagi Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia-lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya) ".

    Ketik untuk mengira

  3. 3 / 13

    " آمن الرسول بما أنزل إليه من ربه والمؤمنون كل آمن بالله وملآئكته وكتبه ورسله لا نفرق بين أحد من رسله وقالوا سمعنا وأطعنا غفرانك ربنا وإليك المصير* لا يكلف الله نفسا إلا وسعها لها ما كسبت وعليها ما اكتسبت ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأنا ربنا ولا تحمل علينا إصرا كما حملته على الذين من قبلنا ربنا ولا تحملنا ما لا طاقة لنا به واعف عنا واغفر لنا وارحمنآ أنت مولانا فانصرنا على القوم الكافرين ".

    " Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-Nya, dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata): ‘Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari Rasul-rasul-Nya’. Mereka berkata pula: ‘Kami dengar dan kami taat; kami pohonkan keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada Engkaulah jua tempat kembali’* Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia mendapat seksa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa): ‘Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau kirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan mengalahkan kaum yang kafir ".

    Ketik untuk mengira

  4. 4 / 13

    باسمك ربي وضعت جنبي، وبك أرفعه، فإن أمسكت نفسي فارحمها، وإن أرسلتها فاحفظها، بما تحفظ به عبادك الصالحين.

    Dengan nama-Mu wahai Tuhanku, aku meletakkan tubuhku, dan dengan nama-Mu aku mengangkatnya. Sekiranya Engkau menahan rohku (mematikan aku), maka rahmatilah ia, dan sekiranya Engkau melepaskannya (mengembalikannya), maka peliharalah ia sebagaimana Engkau memelihara hamba-hamba-Mu yang soleh.

    Ketik untuk mengira

  5. 5 / 13

    اللهم إنك خلقت نفسي وأنت توفاها، لك مماتها ومحياها، إن أحييتها فاحفظها، وإن أمتها فاغفر لها. اللهم إني أسألك العافية.

    Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah menciptakan jiwaku dan Engkaulah yang akan mematikannya, kepada-Mulah kematian dan kehidupannya. Sekiranya Engkau menghidupkannya, maka peliharalah ia, dan sekiranya Engkau mematikannya, maka ampunilah ia. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keafiatan (kesejahteraan).

    Ketik untuk mengira

  6. 6 / 13

    اللهم قني عذابك يوم تبعث عبادك.

    Ya Allah, peliharalah aku daripada azab-Mu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hamba-Mu.

    Ketik untuk mengira

  7. 7 / 13

    باسمك اللهم أموت وأحيا.

    Dengan nama-Mu ya Allah, aku mati dan aku hidup.

    Ketik untuk mengira

  8. 8 / 13

    سبحان الله (ثلاثا وثلاثين) والحمد لله (ثلاثا وثلاثين) والله أكبر (أربعا وثلاثين).

    Subhanallah (33 kali), Alhamdulillah (33 kali) dan Allahu Akbar (34 kali).

    Ketik untuk mengira

  9. 9 / 13

    اللهم رب السموات السبع ورب الأرض، ورب العرش العظيم، ربنا ورب كل شيء، فالق الحب والنوى، ومنزل التوراة والإنجيل، والفرقان، أعوذ بك من شر كل شيء أنت آخذ بناصيته. اللهم أنت الأول فليس قبلك شيء، وأنت الآخر فليس بعدك شيء، وأنت الظاهر فليس فوقك شيء، وأنت الباطن فليس دونك شيء، اقض عنا الدين وأغننا من الفقر.

    Ya Allah, Tuhan tujuh petala langit dan Tuhan bumi, Tuhan Arasy yang agung, Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu, Yang membelah biji dan benih, Yang menurunkan Taurat, Injil dan al-Furqan (al-Quran), aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan segala sesuatu yang ubun-ubunnya berada dalam genggaman-Mu. Ya Allah, Engkaulah Yang Awal maka tiada sesuatu pun sebelum-Mu, Engkaulah Yang Akhir maka tiada sesuatu pun selepas-Mu, Engkaulah Yang Zahir maka tiada sesuatu pun mengatasi-Mu, dan Engkaulah Yang Batin maka tiada sesuatu pun lebih dekat daripada-Mu. Lunaskanlah hutang kami dan cukupkanlah kami daripada kefakiran.

    Ketik untuk mengira

  10. 10 / 13

    الحمد لله الذي أطعمنا وسقانا، وكفانا، وآوانا، فكم ممن لا كافي له ولا مؤوي.

    Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan dan minum, mencukupkan keperluan kami dan memberi kami tempat berlindung, kerana betapa ramai orang yang tiada sesiapa mencukupkan keperluannya dan tiada sesiapa memberinya tempat berlindung.

    Ketik untuk mengira

  11. 11 / 13

    اللهم عالم الغيب والشهادة فاطر السموات والأرض، رب كل شيء ومليكه، أشهد أن لا إله إلا أنت، أعوذ بك من شر نفسي، ومن شر الشيطان وشركه، وأن أقترف على نفسي سوءا، أو أجره إلى مسلم.

    Ya Allah, Yang Maha Mengetahui perkara ghaib dan nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan dan Pemilik segala sesuatu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan diriku, daripada kejahatan syaitan dan syiriknya, dan daripada aku melakukan keburukan terhadap diriku sendiri atau menyeretnya kepada seorang Muslim.

    Ketik untuk mengira

  12. 12 / 13

    يقرأ " الم " تنزيل السجدة ، وتبارك الذي بيده الملك.

    Baginda membaca "Alif Lam Mim" Tanzil (Surah As-Sajdah), dan Tabaarakalladzi Biyadihil-Mulk (Surah Al-Mulk).

    Ketik untuk mengira

  13. 13 / 13

    اللهم أسلمت نفسي إليك، وفوضت أمري إليك، ووجهت وجهي إليك، وألجأت ظهري إليك، رغبة ورهبة إليك، لا ملجأ ولا منجا منك إلا إليك، آمنت بكتابك الذي أنزلت، وبنبيك الذي أرسلت.

    Ya Allah, aku serahkan diriku kepada-Mu, aku pasrahkan urusanku kepada-Mu, aku hadapkan wajahku kepada-Mu, dan aku sandarkan belakangku kepada-Mu, kerana mengharap dan takut kepada-Mu, tiada tempat berlindung dan tiada tempat melarikan diri daripada-Mu melainkan kepada-Mu. Aku beriman kepada Kitab-Mu yang telah Engkau turunkan, dan kepada Nabi-Mu yang telah Engkau utuskan.

    Ketik untuk mengira