Rafiq Al-Muslim
Dapatkan Rafiq Al-Muslim sekarang!

Zikir Petang

Baca 0 daripada 27
  1. 1 / 27

    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم اللّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

    Ketik untuk mengira

  2. 2 / 27Ulang: 3 kali

    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدُ ﴿٤﴾

    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; ﴿١﴾ Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; ﴿٢﴾ Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; ﴿٣﴾ Dan tiada sesiapapun yang setara denganNya". ﴿٤﴾

    Ketik untuk mengira

  3. 3 / 27Ulang: 3 kali

    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلْفَلَقِ ﴿١﴾ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ﴿٢﴾ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ﴿٣﴾ وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّٰثَٰتِ فِي ٱلْعُقَدِ ﴿٤﴾ وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ﴿٥﴾

    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, ﴿١﴾ Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; ﴿٢﴾ Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; ﴿٣﴾ Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (ikatan); ﴿٤﴾ Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki". ﴿٥﴾

    Ketik untuk mengira

  4. 4 / 27Ulang: 3 kali

    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ ﴿١﴾ مَلِكِ ٱلنَّاسِ ﴿٢﴾ إِلَٰهِ ٱلنَّاسِ ﴿٣﴾ مِن شَرِّ ٱلْوَسْوَاسِ ٱلْخَنَّاسِ ﴿٤﴾ ٱلَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ ٱلنَّاسِ ﴿٥﴾ مِنَ ٱلْجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ ﴿٦﴾

    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia, ﴿١﴾ Yang Menguasai sekalian manusia, ﴿٢﴾ Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, ﴿٣﴾ Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, ﴿٤﴾ Yang melemparkan bisikan-bisikan (hasutannya) ke dalam hati manusia, ﴿٥﴾ (Iaitu pembisik-pembisik) dari kalangan jin dan manusia". ﴿٦﴾

    Ketik untuk mengira

  5. 5 / 27

    أَمْسَيْنا وَأَمْسى الملكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُلكُ ولهُ الحَمْد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْأَلُكَ خَيرَ ما في هذهِ اللَّيْلَةِ وَخَيرَ ما بَعْدَها ، وَأَعوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ ما في هذهِ اللَّيْلةِ وَشَرِّ ما بَعْدَها ، رَبِّ أَعوذُبِكَ مِنَ الْكَسَلِ وَسوءِ الْكِبَر ، رَبِّ أَعوذُ بِكَ مِنْ عَذابٍ في النّارِ وَعَذابٍ في القَبْر.

    Kami telah memasuki waktu petang dan kerajaan hanya milik Allah, segala puji bagi Allah. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah semata-mata, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Wahai Tuhanku, aku memohon kepada-Mu kebaikan malam ini dan kebaikan sesudahnya, dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan malam ini dan keburukan sesudahnya. Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat malas dan buruknya usia tua. Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu daripada azab di dalam neraka dan azab di dalam kubur.

    Ketik untuk mengira

  6. 6 / 27

    اللّهمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إلهَ إلاّ أَنْتَ ، خَلَقْتَني وَأَنا عَبْدُك ، وَأَنا عَلى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ ما اسْتَطَعْت ، أَعوذُبِكَ مِنْ شَرِّ ما صَنَعْت ، أَبوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبوءُ بِذَنْبي فَاغْفِرْ لي فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنوبَ إِلاّ أَنْتَ .

    Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampu mungkin. Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan apa yang telah aku perbuat. Aku mengakui nikmat-Mu ke atasku dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau.

    Ketik untuk mengira

  7. 7 / 27Ulang: 4 kali

    اللّهُمَّ إِنِّي أَمسيتُ أُشْهِدُك ، وَأُشْهِدُ حَمَلَةَ عَرْشِك ، وَمَلَائِكَتَكَ ، وَجَميعَ خَلْقِك ، أَنَّكَ أَنْتَ اللهُ لا إلهَ إلاّ أَنْتَ وَحْدَكَ لا شَريكَ لَك ، وَأَنَّ ُ مُحَمّداً عَبْدُكَ وَرَسولُك.

    Ya Allah, sesungguhnya aku telah memasuki waktu petang, aku mempersaksikan-Mu dan mempersaksikan (para malaikat) pemikul Arasy-Mu, para malaikat-Mu dan seluruh makhluk-Mu, bahawa Engkaulah Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau semata-mata, tiada sekutu bagi-Mu, dan bahawa Muhammad adalah hamba-Mu dan rasul-Mu.

    Ketik untuk mengira

  8. 8 / 27

    اللّهُمَّ ما أَمسى بي مِنْ نِعْمَةٍ أَو بِأَحَدٍ مِنْ خَلْقِك ، فَمِنْكَ وَحْدَكَ لا شريكَ لَك ، فَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْر.

    Ya Allah, apa sahaja nikmat yang aku atau seseorang daripada makhluk-Mu perolehi pada waktu petang ini, maka ia adalah daripada-Mu semata-mata, tiada sekutu bagi-Mu, maka bagi-Mu segala puji dan bagi-Mu segala syukur.

    Ketik untuk mengira

  9. 9 / 27Ulang: 7 kali

    حَسْبِيَ اللّهُ لا إلهَ إلاّ هُوَ عَلَيهِ تَوَكَّلتُ وَهُوَ رَبُّ العَرْشِ العَظيم.

    Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan Arasy yang agung.

    Ketik untuk mengira

  10. 10 / 27Ulang: 3 kali

    بِسمِ اللهِ الذي لا يَضُرُّ مَعَ اسمِهِ شَيءٌ في الأرْضِ وَلا في السّماءِ وَهوَ السّميعُ العَليم.

    Dengan nama Allah yang bersama nama-Nya tidak akan memberi mudarat sesuatu pun di bumi mahupun di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

    Ketik untuk mengira

  11. 11 / 27

    اللّهُمَّ بِكَ أَمْسَينا وَبِكَ أَصْبَحْنا، وَبِكَ نَحْيا وَبِكَ نَمُوتُ وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ.

    Ya Allah, dengan (pertolongan)-Mu kami memasuki waktu petang dan dengan (pertolongan)-Mu kami memasuki waktu pagi, dengan (pertolongan)-Mu kami hidup dan dengan (pertolongan)-Mu kami mati, dan kepada-Mu tempat kembali.

    Ketik untuk mengira

  12. 12 / 27

    أَمْسَيْنَا عَلَى فِطْرَةِ الإسْلاَمِ، وَعَلَى كَلِمَةِ الإِخْلاَصِ، وَعَلَى دِينِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَعَلَى مِلَّةِ أَبِينَا إبْرَاهِيمَ حَنِيفاً مُسْلِماً وَمَا كَانَ مِنَ المُشْرِكِينَ.

    Kami memasuki waktu petang di atas fitrah Islam, di atas kalimah ikhlas, di atas agama Nabi kami Muhammad s.a.w., dan di atas agama bapa kami Ibrahim yang lurus lagi berserah diri (kepada Allah), dan dia bukanlah tergolong daripada golongan orang-orang musyrik.

    Ketik untuk mengira

  13. 13 / 27Ulang: 3 kali

    سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِه ، وَرِضا نَفْسِه ، وَزِنَةَ عَرْشِه ، وَمِدادَ كَلِماتِه.

    Maha Suci Allah dan dengan memuji-Nya, sebanyak bilangan makhluk-Nya, seredha diri-Nya, seberat Arasy-Nya dan sebanyak tinta (bilangan) kalimah-kalimah-Nya.

    Ketik untuk mengira

  14. 14 / 27Ulang: 3 kali

    اللّهُمَّ عافِني في بَدَني ، اللّهُمَّ عافِني في سَمْعي ، اللّهُمَّ عافِني في بَصَري ، لا إلهَ إلاّ أَنْتَ.

    Ya Allah, sihatkanlah tubuh badanku. Ya Allah, sihatkanlah pendengaranku. Ya Allah, sihatkanlah penglihatanku. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.

    Ketik untuk mengira

  15. 15 / 27Ulang: 3 kali

    اللّهُمَّ إِنّي أَعوذُ بِكَ مِنَ الْكُفر ، وَالفَقْر ، وَأَعوذُ بِكَ مِنْ عَذابِ القَبْر ، لا إلهَ إلاّ أَنْتَ.

    Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kefakiran, dan aku berlindung kepada-Mu daripada azab kubur. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.

    Ketik untuk mengira

  16. 16 / 27

    اللّهُمَّ إِنِّي أسْأَلُكَ العَفْوَ وَالعافِيةَ في الدُّنْيا وَالآخِرَة ، اللّهُمَّ إِنِّي أسْأَلُكَ العَفْوَ وَالعافِيةَ في ديني وَدُنْيايَ وَأهْلي وَمالي ، اللّهُمَّ اسْتُرْ عوْراتي وَآمِنْ رَوْعاتي ، اللّهُمَّ احْفَظْني مِن بَينِ يَدَيَّ وَمِن خَلْفي وَعَن يَميني وَعَن شِمالي ، وَمِن فَوْقي ، وَأَعوذُ بِعَظَمَتِكَ أَن أُغْتالَ مِن تَحْتي.

    Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keampunan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keampunan dan kesejahteraan dalam agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah, tutuplah aurat (keaibanku) dan amankanlah ketakutanku. Ya Allah, peliharalah aku dari hadapanku, dari belakangku, dari kananku, dari kiriku, dan dari atasku, dan aku berlindung dengan keagungan-Mu daripada disambar (dibinasakan) dari bawahku.

    Ketik untuk mengira

  17. 17 / 27Ulang: 3 kali

    يَا حَيُّ يَا قيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أسْتَغِيثُ أصْلِحْ لِي شَأنِي كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِي إلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ.

    Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri (mentadbirkan makhluk-Nya), dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan, perbaikilah segala urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.

    Ketik untuk mengira

  18. 18 / 27

    اللّهُمَّ عالِمَ الغَيْبِ وَالشّهادَةِ فاطِرَ السّماواتِ وَالأرْضِ رَبَّ كلِّ شَيءٍ وَمَليكَه ، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلهَ إِلاّ أَنْت ، أَعوذُ بِكَ مِن شَرِّ نَفْسي وَمِن شَرِّ الشَّيْطانِ وَشِرْكِهِ ، وَأَنْ أَقْتَرِفَ عَلى نَفْسي سوءاً أَوْ أَجُرَّهُ إِلى مُسْلِم.

    Ya Allah, Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan bagi segala sesuatu dan pemiliknya, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan diriku dan daripada keburukan syaitan serta sekutu-sekutunya (godaannya kepada syirik), dan daripada aku melakukan keburukan terhadap diriku sendiri atau menyeretnya kepada seorang muslim.

    Ketik untuk mengira

  19. 19 / 27Ulang: 3 kali

    أَعوذُ بِكَلِماتِ اللّهِ التّامّاتِ مِنْ شَرِّ ما خَلَق.

    Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kejahatan makhluk yang Dia ciptakan.

    Ketik untuk mengira

  20. 20 / 27Ulang: 10 kali

    اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ على نَبِيِّنَا مُحمَّد.

    Ya Allah, limpahkanlah selawat, salam dan berkat ke atas Nabi kami Muhammad.

    Ketik untuk mengira

  21. 21 / 27Ulang: 3 kali

    اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ نُشْرِكَ بِكَ شَيْئًا نَعْلَمُهُ ، وَنَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لَا نَعْلَمُهُ.

    Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada mempersekutukan-Mu dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami memohon keampunan-Mu daripada apa yang tidak kami ketahui.

    Ketik untuk mengira

  22. 22 / 27Ulang: 3 kali

    اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ، وَقَهْرِ الرِّجَالِ.

    Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada rasa gelisah dan sedih, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan penindasan orang lain (kezaliman manusia).

    Ketik untuk mengira

  23. 23 / 27Ulang: 3 kali

    أسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيمَ الَّذِي لاَ إلَهَ إلاَّ هُوَ، الحَيُّ القَيُّومُ، وَأتُوبُ إلَيهِ.

    Aku memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung, yang tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri (mentadbirkan makhluk-Nya), dan aku bertaubat kepada-Nya.

    Ketik untuk mengira

  24. 24 / 27Ulang: 3 kali

    يَا رَبِّ , لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلَالِ وَجْهِكَ , وَلِعَظِيمِ سُلْطَانِكَ.

    Wahai Tuhanku, bagi-Mu segala puji sebagaimana yang layak bagi keagungan wajah-Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu.

    Ketik untuk mengira

  25. 25 / 27Ulang: 100 kali

    لَا إلَه إلّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءِ قَدِيرِ.

    Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah semata-mata, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

    Ketik untuk mengira

  26. 26 / 27

    اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ ، عَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ ، وَأَنْتَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ , مَا شَاءَ اللَّهُ كَانَ ، وَمَا لَمْ يَشَأْ لَمْ يَكُنْ ، وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ , أَعْلَمُ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ، وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا , اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا ، إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ.

    Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, kepada-Mu aku bertawakal, dan Engkau adalah Tuhan Arasy yang agung. Apa yang Allah kehendaki pasti berlaku, dan apa yang tidak Dia kehendaki tidak akan berlaku. Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan (pertolongan) Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku mengetahui bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu, dan bahawa Allah sungguh-sungguh telah meliputi segala sesuatu dengan ilmu-Nya. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan diriku, dan daripada keburukan setiap makhluk yang bergerak yang Engkau pegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus.

    Ketik untuk mengira

  27. 27 / 27Ulang: 100 kali

    سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ.

    Maha Suci Allah dan dengan memuji-Nya.

    Ketik untuk mengira