Rafiq Al-Muslim
Dapatkan Rafiq Al-Muslim sekarang!

Zikir-Zikir Azan

Baca 0 daripada 5
  1. 1 / 5

    يقول مثل ما يقول المؤذن إلا في ((حي على الصلاة وحي على الفلاح)) فيقول: ((لا حول ولا قوة إلا بالله)).

    Dia mengulangi apa yang dikatakan oleh muazzin kecuali pada ((Hayya 'alas-Solah dan Hayya 'alal-Falah)), maka dia berkata: ((Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.))

    Ketik untuk mengira

  2. 2 / 5

    يقول: ((وأنا أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأن محمدا عبده ورسوله، رضيت بالله ربا، وبمحمد رسولا، وبالإسلام دينا)) ((يقول ذلك عقب تشهد المؤذن)).

    Dia berkata: ((Dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah semata-mata, tiada sekutu bagi-Nya, dan bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Aku redha Allah sebagai Tuhan, Muhammad sebagai Rasul, dan Islam sebagai agama.)) ((Ini diucapkan selepas syahadah muazzin.))

    Ketik untuk mengira

  3. 3 / 5

    يصلي على النبي صلى الله عليه وسلم بعد فراغه من إجابة المؤذن.

    Dia berselawat ke atas Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam selepas selesai menjawab azan.

    Ketik untuk mengira

  4. 4 / 5

    يقول: ((اللهم رب هذه الدعوة التامة، والصلاة القائمة، آت محمدا الوسيلة والفضيلة، وابعثه مقاما محمودا الذي وعدته، [إنك لا تخلف الميعاد])).

    Dia berkata: ((Ya Allah, Tuhan seruan yang sempurna ini, dan solat yang akan didirikan, kurniakanlah kepada Muhammad al-Wasilah dan al-Fadhilah, dan bangkitkanlah dia pada kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan kepadanya. [Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.]))

    Ketik untuk mengira

  5. 5 / 5

    يدعو لنفسه بين الأذان والإقامة فإن الدعاء حينئذ لا يرد.

    Dia berdoa untuk dirinya di antara azan dan iqamah, kerana doa pada waktu itu tidak ditolak.

    Ketik untuk mengira