Rafiq Al-Muslim
Dapatkan Rafiq Al-Muslim sekarang!

Zikir Pagi

Baca 0 daripada 30
  1. 1 / 30

    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم اللّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ.

    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahunya). Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

    Ketik untuk mengira

  2. 2 / 30Ulang: 3 kali

    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدُ ﴿٤﴾

    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) Allah Yang Maha Esa. Allah tempat memohon segala hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang setara denganNya".

    Ketik untuk mengira

  3. 3 / 30Ulang: 3 kali

    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلْفَلَقِ ﴿١﴾ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ﴿٢﴾ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ﴿٣﴾ وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّٰثَٰتِ فِي ٱلْعُقَدِ ﴿٤﴾ وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ﴿٥﴾

    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".

    Ketik untuk mengira

  4. 4 / 30Ulang: 3 kali

    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ ﴿١﴾ مَلِكِ ٱلنَّاسِ ﴿٢﴾ إِلَٰهِ ٱلنَّاسِ ﴿٣﴾ مِن شَرِّ ٱلْوَسْوَاسِ ٱلْخَنَّاسِ ﴿٤﴾ ٱلَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ ٱلنَّاسِ ﴿٥﴾ مِنَ ٱلْجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ ﴿٦﴾

    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik-pembisik) dari kalangan jin dan manusia".

    Ketik untuk mengira

  5. 5 / 30

    أَصْبَحْنا وَأَصْبَحَ المُلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُلكُ ولهُ الحَمْد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْأَلُكَ خَيرَ ما في هذا اليوم وَخَيرَ ما بَعْدَه ، وَأَعوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ ما في هذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْدَه، رَبِّ أَعوذُبِكَ مِنَ الْكَسَلِ وَسوءِ الْكِبَر ، رَبِّ أَعوذُ بِكَ مِنْ عَذابٍ في النّارِ وَعَذابٍ في القَبْر.

    Kami telah memasuki waktu pagi dan kerajaan hanya milik Allah, segala puji bagi Allah. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nyalah kerajaan dan bagi-Nya segala puji, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Wahai Tuhanku, aku memohon kepada-Mu kebaikan hari ini dan kebaikan selepasnya, dan aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan hari ini dan kejahatan selepasnya. Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat malas dan buruknya usia tua. Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu daripada azab neraka dan azab kubur.

    Ketik untuk mengira

  6. 6 / 30

    اللّهمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إلهَ إلاّ أَنْتَ ، خَلَقْتَني وَأَنا عَبْدُك ، وَأَنا عَلى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ ما اسْتَطَعْت ، أَعوذُبِكَ مِنْ شَرِّ ما صَنَعْت ، أَبوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبوءُ بِذَنْبي فَاغْفِرْ لي فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنوبَ إِلاّ أَنْتَ .

    Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjian dan janjiku kepada-Mu semampu aku. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau.

    Ketik untuk mengira

  7. 7 / 30Ulang: 4 kali

    اللّهُمَّ إِنِّي أَصْبَحْتُ أُشْهِدُك ، وَأُشْهِدُ حَمَلَةَ عَرْشِك ، وَمَلَائِكَتَكَ ، وَجَميعَ خَلْقِك ، أَنَّكَ أَنْتَ اللهُ لا إلهَ إلاّ أَنْتَ وَحْدَكَ لا شَريكَ لَك ، وَأَنَّ ُ مُحَمّداً عَبْدُكَ وَرَسولُك.

    Ya Allah, sesungguhnya aku memasuki waktu pagi ini dengan menjadikan Engkau sebagai saksi, dan aku menjadikan pemikul Arasy-Mu, para malaikat-Mu, dan seluruh makhluk-Mu sebagai saksi, bahawa sesungguhnya Engkau adalah Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Mu, dan bahawa Muhammad adalah hamba-Mu dan Rasul-Mu.

    Ketik untuk mengira

  8. 8 / 30

    اللّهُمَّ ما أَصْبََحَ بي مِنْ نِعْمَةٍ أَو بِأَحَدٍ مِنْ خَلْقِك ، فَمِنْكَ وَحْدَكَ لا شريكَ لَك ، فَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْر.

    Ya Allah, apa sahaja nikmat yang aku atau mana-mana makhluk-Mu perolehi pada pagi ini, semuanya adalah daripada-Mu semata-mata, tiada sekutu bagi-Mu. Maka bagi-Mu segala puji dan bagi-Mu segala syukur.

    Ketik untuk mengira

  9. 9 / 30Ulang: 7 kali

    حَسْبِيَ اللّهُ لا إلهَ إلاّ هُوَ عَلَيهِ تَوَكَّلتُ وَهُوَ رَبُّ العَرْشِ العَظيم.

    Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan Arasy yang agung.

    Ketik untuk mengira

  10. 10 / 30Ulang: 3 kali

    بِسمِ اللهِ الذي لا يَضُرُّ مَعَ اسمِهِ شَيءٌ في الأرْضِ وَلا في السّماءِ وَهوَ السّميعُ العَليم.

    Dengan nama Allah yang bersama nama-Nya tidak akan memberi mudarat sesuatu pun di bumi mahupun di langit, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

    Ketik untuk mengira

  11. 11 / 30

    اللّهُمَّ بِكَ أَصْبَحْنا وَبِكَ أَمْسَينا ، وَبِكَ نَحْيا وَبِكَ نَمُوتُ وَإِلَيْكَ النُّشُور.

    Ya Allah, dengan (izin dan pertolongan)-Mu kami memasuki waktu pagi dan dengan (izin dan pertolongan)-Mu kami memasuki waktu petang, dengan (izin dan pertolongan)-Mu kami hidup dan dengan (izin dan pertolongan)-Mu kami mati, dan kepada-Mu jualah kebangkitan (di akhirat).

    Ketik untuk mengira

  12. 12 / 30

    أَصْبَحْنا عَلَى فِطْرَةِ الإسْلاَمِ، وَعَلَى كَلِمَةِ الإِخْلاَصِ، وَعَلَى دِينِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَعَلَى مِلَّةِ أَبِينَا إبْرَاهِيمَ حَنِيفاً مُسْلِماً وَمَا كَانَ مِنَ المُشْرِكِينَ.

    Kami memasuki waktu pagi di atas fitrah Islam, di atas kalimah ikhlas, di atas agama Nabi kami Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam, dan di atas agama bapa kami Ibrahim yang lurus lagi berserah diri (Muslim), dan baginda bukanlah daripada golongan orang-orang musyrik.

    Ketik untuk mengira

  13. 13 / 30Ulang: 3 kali

    سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِه ، وَرِضا نَفْسِه ، وَزِنَةَ عَرْشِه ، وَمِدادَ كَلِماتِه.

    Maha Suci Allah dan dengan memuji-Nya, sebanyak bilangan makhluk-Nya, seredha diri-Nya, seberat Arasy-Nya, dan sebanyak tinta (yang menulis) kalimah-kalimah-Nya.

    Ketik untuk mengira

  14. 14 / 30Ulang: 3 kali

    اللّهُمَّ عافِني في بَدَني ، اللّهُمَّ عافِني في سَمْعي ، اللّهُمَّ عافِني في بَصَري ، لا إلهَ إلاّ أَنْتَ.

    Ya Allah, sihatkanlah tubuh badanku. Ya Allah, sihatkanlah pendengaranku. Ya Allah, sihatkanlah penglihatanku. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.

    Ketik untuk mengira

  15. 15 / 30Ulang: 3 kali

    اللّهُمَّ إِنّي أَعوذُ بِكَ مِنَ الْكُفر ، وَالفَقْر ، وَأَعوذُ بِكَ مِنْ عَذابِ القَبْر ، لا إلهَ إلاّ أَنْتَ.

    Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kefakiran, dan aku berlindung kepada-Mu daripada azab kubur. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.

    Ketik untuk mengira

  16. 16 / 30

    اللّهُمَّ إِنِّي أسْأَلُكَ العَفْوَ وَالعافِيةَ في الدُّنْيا وَالآخِرَة ، اللّهُمَّ إِنِّي أسْأَلُكَ العَفْوَ وَالعافِيةَ في ديني وَدُنْيايَ وَأهْلي وَمالي ، اللّهُمَّ اسْتُرْ عوْراتي وَآمِنْ رَوْعاتي ، اللّهُمَّ احْفَظْني مِن بَينِ يَدَيَّ وَمِن خَلْفي وَعَن يَميني وَعَن شِمالي ، وَمِن فَوْقي ، وَأَعوذُ بِعَظَمَتِكَ أَن أُغْتالَ مِن تَحْتي.

    Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keampunan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keampunan dan kesejahteraan dalam agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah, tutuplah aurat (keaibanku) dan tenteramkanlah rasa takutku. Ya Allah, peliharalah aku dari hadapanku, dari belakangku, dari kananku, dari kiriku, dan dari atasku, dan aku berlindung dengan kebesaran-Mu daripada dibinasakan dari bawahku.

    Ketik untuk mengira

  17. 17 / 30Ulang: 3 kali

    يَا حَيُّ يَا قيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أسْتَغِيثُ أصْلِحْ لِي شَأنِي كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِي إلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ.

    Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri (lagi mentadbirkan sekalian makhluk-Nya), dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah segala urusanku, dan janganlah Engkau serahkan urusanku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.

    Ketik untuk mengira

  18. 18 / 30

    أَصْبَحْنا وَأَصْبَحْ المُلكُ للهِ رَبِّ العالَمين ، اللّهُمَّ إِنِّي أسْأَلُكَ خَيْرَ هذا اليَوْم ، فَتْحَهُ ، وَنَصْرَهُ ، وَنورَهُ وَبَرَكَتَهُ ، وَهُداهُ ، وَأَعوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ ما فيهِ وَشَرِّ ما بَعْدَه.

    Kami memasuki waktu pagi dan kerajaan hanya milik Allah, Tuhan sekalian alam. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan hari ini, kejayaannya, pertolongannya, cahayanya, keberkatannya, dan petunjuknya, dan aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang ada padanya dan kejahatan selepasnya.

    Ketik untuk mengira

  19. 19 / 30

    اللّهُمَّ عالِمَ الغَيْبِ وَالشّهادَةِ فاطِرَ السّماواتِ وَالأرْضِ رَبَّ كلِّ شَيءٍ وَمَليكَه ، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلهَ إِلاّ أَنْت ، أَعوذُ بِكَ مِن شَرِّ نَفْسي وَمِن شَرِّ الشَّيْطانِ وَشِرْكِهِ ، وَأَنْ أَقْتَرِفَ عَلى نَفْسي سوءاً أَوْ أَجُرَّهُ إِلى مُسْلِم.

    Ya Allah, Yang Maha Mengetahui perkara ghaib dan nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan dan Pemilik segala sesuatu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan diriku dan daripada kejahatan syaitan serta syiriknya, dan daripada melakukan keburukan terhadap diriku sendiri atau menyeretnya kepada seorang Muslim.

    Ketik untuk mengira

  20. 20 / 30Ulang: 3 kali

    أَعوذُ بِكَلِماتِ اللّهِ التّامّاتِ مِنْ شَرِّ ما خَلَق.

    Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kejahatan apa yang Dia ciptakan.

    Ketik untuk mengira

  21. 21 / 30Ulang: 10 kali

    اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ على نَبِيِّنَا مُحمَّد.

    Ya Allah, limpahkanlah selawat, salam dan keberkatan ke atas Nabi kami Muhammad.

    Ketik untuk mengira

  22. 22 / 30Ulang: 3 kali

    اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ نُشْرِكَ بِكَ شَيْئًا نَعْلَمُهُ ، وَنَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لَا نَعْلَمُهُ.

    Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada mempersekutukan-Mu dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami memohon keampunan-Mu bagi apa yang tidak kami ketahui.

    Ketik untuk mengira

  23. 23 / 30Ulang: 3 kali

    اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ، وَقَهْرِ الرِّجَالِ.

    Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada rasa gelisah dan sedih, dan aku berlindung kepada-Mu daripada rasa lemah dan malas, dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan orang lain.

    Ketik untuk mengira

  24. 24 / 30Ulang: 3 kali

    أسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيمَ الَّذِي لاَ إلَهَ إلاَّ هُوَ، الحَيُّ القَيُّومُ، وَأتُوبُ إلَيهِ.

    Aku memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung, yang tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri (mentadbirkan sekalian makhluk-Nya), dan aku bertaubat kepada-Nya.

    Ketik untuk mengira

  25. 25 / 30Ulang: 3 kali

    يَا رَبِّ , لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلَالِ وَجْهِكَ , وَلِعَظِيمِ سُلْطَانِكَ.

    Wahai Tuhanku, bagi-Mu segala puji sebagaimana yang layak bagi keagungan wajah-Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu.

    Ketik untuk mengira

  26. 26 / 30

    اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا.

    Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima.

    Ketik untuk mengira

  27. 27 / 30

    اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ ، عَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ ، وَأَنْتَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ , مَا شَاءَ اللَّهُ كَانَ ، وَمَا لَمْ يَشَأْ لَمْ يَكُنْ ، وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ , أَعْلَمُ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ، وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا , اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا ، إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ.

    Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Kepada-Mu aku bertawakal, dan Engkau adalah Tuhan Arasy yang agung. Apa yang Allah kehendaki pasti berlaku, dan apa yang tidak Dia kehendaki tidak akan berlaku. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Aku mengetahui bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu, dan bahawa ilmu Allah meliputi segala sesuatu. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan diriku dan daripada kejahatan setiap makhluk melata yang Engkau pegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus.

    Ketik untuk mengira

  28. 28 / 30Ulang: 100 kali

    لَا إلَه إلّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءِ قَدِيرِ.

    Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nyalah kerajaan dan bagi-Nya segala puji, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

    Ketik untuk mengira

  29. 29 / 30Ulang: 100 kali

    سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ.

    Maha Suci Allah dan dengan memuji-Nya.

    Ketik untuk mengira

  30. 30 / 30Ulang: 100 kali

    أسْتَغْفِرُ اللهَ وَأتُوبُ إلَيْهِ

    Aku memohon keampunan kepada Allah dan aku bertaubat kepada-Nya.

    Ketik untuk mengira