Taman Doaسُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَىٰ رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ. اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَىٰ، وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَىٰ، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الْأَهْلِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ، وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ، وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالْأَهْلِMaksudMaha Suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini bagi kami, sedangkan kami tidak terdaya menguasainya, dan sesungguhnya kepada Tuhan kami kami akan kembali. Ya Allah! Kami memohon kepada-Mu dalam perjalanan ini kebaikan, ketakwaan dan amalan yang Engkau redhai. Ya Allah! Permudahkanlah perjalanan kami ini dan dekatkanlah jaraknya. Ya Allah! Engkaulah Teman dalam perjalanan dan Pemelihara bagi keluarga. Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu daripada kepayahan perjalanan, pemandangan yang menyedihkan, dan kepulangan yang buruk pada harta dan keluarga.
Sumber:Muslim
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ، وَكَآبَةِ الْمُنْقَلَبِ، وَالْحَوْرِ بَعْدَ الْكَوْرِ، وَدَعْوَةِ الْمَظْلُومِ، وَسُوءِ الْمَنْظَرِ فِي الْأَهْلِ وَالْمَالِMaksudYa Allah! Aku berlindung kepada-Mu daripada kepayahan perjalanan, kepulangan yang menyedihkan, kemerosotan selepas kemajuan, doa orang yang dizalimi, dan pemandangan buruk pada keluarga dan harta.
Sumber:Muslim
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَMaksudAku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kejahatan makhluk yang diciptakan-Nya.
Sumber:Muslim

